Ahad, 6 Julai 2008

IKHTISAR SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN ISLAM

Kandungan buku ini dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu: sains dan teknologi dalam Islam; sejarah sains dan teknologi; Wahyu dan Sains; Syariah dan kepentingannya dalam sains dan teknologi; etika Islam dalam sains dan teknologi. Meskipun karya ini berbentuk ringkasan, ia turut memanfaatkan karya-karya seperti Syarah Matan Arba'in oleh Mustapha Abdul Rahman Mahmud dan Mastika Hadith oleh Syeikh Abdullah Basmeih.

Harga : RM 15.00

Penyusun : Zulekha Yusof, Asmak Hj Ali




SAINS KESIHATAN DALAM TAMADUN ISLAM

Buku Sains Kesihatan Dalam Tamadun Islam ini merupakan bahan ilmiah yang banyak menumpukan perbincangan berkenaan dengan kesihatan, perawatan dan kaedah penjagaan kesihatan menurut perspektif Islam. Kandungannya diolah dengan bahasa yang begitu mudah dan jelas supaya para pembaca mampu memahami dan menghayati kandungannya. Untuk menguatkan kujah atau bukti sesuatu fakta disertakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Bahan ini adalah sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat meliputi golongan akademik dan bukan akademik.

Harga : RM 36.00

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN MELAYU

Buku Tamadun Islam dan Tamadun Melayu :
Perkembangan dan Isu Kontemporari menerangkan dengan jelas berkenaan dengan Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta isu-isu yang kontemporari yang berkaitan dengan masyarakat Malaysia dalam konteks pembinaan tamadun yang bersifat semasa.
Penulisan dan penerbitan buku ini bukan sahaja bersesuaian dengan para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengikut kursus TITAS bahkan juga dapat membantu para pembaca umum untuk memahami tentang isu-isu yang diperbincangkan untuk mendapat satu kefahaman yang jelas tentang tamadun dan peranannya dalam pembinaanya terhadap kehidupan manusia.

Harga : RM18.00

"Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"


Maksud Hadith "Menuntut Ilmu merupakan kewajipan bagi setiap muslim"

Jadikan diri anda seorang yang berilmu pengetahuan.